2010/11/30
KUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menyifatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai pengkhianat bangsa kerana mahu menghapuskan ketuanan Melayu.
Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah, berkata kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu buta sejarah dan lupa asal usul mereka kerana kedua-dua mereka wujud melalui ketuanan Melayu.
“Dr Wan Azizah dan Azmin adalah hasil kejayaan konsep itu yang juga sudah banyak membantu orang Melayu. Mereka ini seperti kacang lupakan kulit, sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.
Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR ketujuh yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin, mencadangkan agar ketuanan Melayu dihapuskan.
Azmin ketika menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Timbalan Presiden parti itu turut berikrar untuk menolak konsep berkenaan dalam menjayakan usahanya untuk membawa PKR ke Putrajaya.
Arman berkata, sejarah sudah membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum lain, malah orang Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan bukan kerana kepentingan Melayu semata-mata.
Sementara itu, di GEORGETOWN, Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS) Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Dr Wan Azizah kerana membuat kenyataan mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan.
Laporan itu dibuat Pengerusi Penasihat PEWARIS Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di Balai Polis Bayan Lepas atas nasihat dari YDP Pengasas Utama Pewaris Malaysia, kira-kira jam 8.10 malam kelmarin.
Kira-kira 200 ahli pertubuhan itu turut mengiringi Sabaruddin dengan berarak sejauh 200 meter dari Taman Sri Payung ke balai polis sambil melaungkan takbir dalam keadaan hujan lebat.
Sabaruddin berkata, pihaknya mengambil tindakan itu kerana kesal kenyataan Wan Azizah serta menyifatkan pemimpin PKR itu sebagai 'kacang lupakan kulit' kerana selama ini berjaya dalam hidup hasil keistimewaan ketuanan Melayu.
Sementara itu, YDP Pengasas Utama berkata: Kalau hari ini Pemimpin Wira Muda PKR kutuk Wira Perkasa sbb mengecop 2 ekoq tu Pelacur Politik, baik kita tukar gelaran bg bunyi sedap sikit............jap aaaaa.........
AZMIN Si Ali Baba & WAN AZIZAH Si Minah Baba Politik.
SETUJU.....>>???...
30 November, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment