21 August, 2010
Jangan Terpedaya
Posted by
Daeng Danial
at
11:18 AM
”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”. [TMQ Ali-’Imraan (3) :118].Cukuplah apa yang dilakukan oleh Obama terhadap umat Islam saat ini untuk membuktikan kepada kita siapakah sebenarnya beliau. Dikala ”si laknat” Obama mengucapkan kata-kata manis selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia, kita dapat menyaksikan dalam masa yang sama tentera-tentera laknatullah Amerika terus menjadikan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan di tempat-tempat lain sebagai sasaran dan santapan senjata-senjata canggih yang mereka milik. Bukankah kebiadaban tentera-tentera Amerika itu mencerminkan sikap sebenar Obama sekaligus Amerika itu sendiri?Wahai seluruh umat Islam! Ketahuilah bahawa Obama merupakan personifikasi Amerika sebagai musuh utama umat Islam. Ketahuilah bahawa Obama adalah syaitan manusia yang akan terus berusaha untuk menyesatkan umat Islam sehinggalah ke hari kiamat. Sebagai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, sudah semestinya mereka menyedari bahawa kata-kata Obama itu hanyalah sihir dan penipuan yang diucapkan oleh beliau semata-mata. Oleh itu janganlah kita sekali-kali tertipu dengannya. Firman Allah SWT: ” Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka."Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar." [TMQ Al-Faatir (35) : 5-7].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment